.

Sabtu, 9 Februari 2019

Alegori Rumah Api

Ini buku kedua Matluthfi yang aku baca selepas buku Momen-Momen Matluthfi.
Aku mula menjadi penggemar pemikiran beliau bila aku terdedah kepada vlog beliau di Youtube kurang lebih 6 7 8 tahun lepas.
Buku Momen Momen aku rasa biasa sahaja. Sekadar kompilasi tulisan beliau di Facebook. Juga, hampir sama dengan buku-buku tulisan kompilasi dari penulis-penulis Melayu baru.
Hinggakan aku tak rasa nak beli tulisan beliau seterusnya sebab aku seolah dapat menjangkakan isinya.
Entah bagaimama Tuhan gerakkan hati aku untuk beli buku ini. Mulanya, lama ia terperuk tidak langsung dibuka.
Entah bagaimana juga, Tuhan gerakkan hati aku untuk baca buku ini. Kawan, ini buku yang WOW. Penuh kiasan, dan mencabar kepala otak aku untuk memahami.
Ada beberapa bahagian, Matluthfi berfalsafah. Ada sesetengah bahagian, bacaan santai ringan.
Ia semacam menu nasi campur. Ada gulai daging, ayam goreng, sayur kobis dan sambal belacan. Lawan pula dengan teh o ais limau. Fuh!
Kalau kau minat buku tulisan kompilasi yang bukan mainstream, inilah dia!

Sabtu, 10 Februari 2018

Eat That Frog


Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain -

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu.

Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi.

Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Jumaat, 9 Februari 2018

Riyadus Solihin


Kitab ini menghurai dengan rujukan dari Al-Quran dan Hadis mengenai akidah, akhlak dan ibadat.

Macam macam dihurai mengenai kehidupan seharian dalam kitab ini. Antaranya adab dengan jiran. Ialah, kita sekarang ni nama jiran pun tak tahu.

http://bit.ly/riyadussolihin1

Khamis, 8 Februari 2018

Kenapa Babi Tidak Halal



Ya, awak memang comel.
Paling comel antara yang lain.
Tapi, lebih baik ada jurang antara kita.

Sebab, awak haram untuk saya.
Selamanya~

------

Seorang pemuda pernah bertanya kepada Profesor Dr. HAMKA sebab pengharaman babi sedangkan daging babi sedap.

Dr. HAMKA menyatakan, "Daging babi diharamkan kerana babi suka memakan benda kotor dan najis." Pemuda itu menyatakan lagi, "Ayam juga suka memakan najis, mengapa ayam tidak diharamkan? Ikan juga dibesarkan dengan najis, mengapa ikan tidak diharamkan?"

Ketahui jawapan Dr. HAMKA yang menjawab kekeliruan pemuda tersebut dengan mendapatkan buku ini di http://bit.ly/KenapaBabiTidakHalal1

Rabu, 7 Februari 2018

Penawar Bagi Hati


Apa keistimewaan buku ini?
.
Buku ini mengandungi:
.
1. Buku ini disertakan teks rumi dengan gaya bahasa moden.
2. Teksi jawi lama daripada kitab asas dikekalkan.
3. Syarah hadith daripada pentahqiq .


http://bit.ly/PenawarBagiHati2

Selasa, 6 Februari 2018

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi




Lelaki ini, umur 21 dah mulakan NGO untuk bantu pelarian Syria di Jordan.
Bukan calang-calang punya kerja. Buat pun secara separuh masa, selain belajar. Dengan kerja tak bergaji dan kena maki, memang hati lelaki ini kental.

Aku umur 21 memang tengah lagha tahap nauzubillah.

http://bit.ly/lelakiterakhirmenangis

Isnin, 5 Februari 2018

Nama Beta Sultan Alauddin



Karya ini ringan. Tak seberat 1515 arau Sebongkah Batu di Kuala Berang.

Kisah mengenai Sultan Alaudin yang remaja. Dicerita dengan gaya bercerita.

Karya ini sesuai untuk orang yang malas baca. Buku nipis. Bab pendek. Ayat kontot. Tak sampai 2 jam boleh habis baca. Kiranya karya ini semacam sastera untuk pemula.

Tapi, pengakhirannya macam tergantung. Anti klimaks. Namun, ia ternyata lari dari kebiasaan.