.

Jumaat, 16 Disember 2016

The Real Abang Long Fadhil: Pahit Sekarang Manisnya Kemudian


Saya ingat lagi waktu itu saya pakai seluar warna merah. Jangan tanya kenapa saya pakai/beli seluar merah. Jangan tanya adakah saya ini fanatik Korea ataupun tidak.

Nanti panjang cerita.

Ok, sambung cerita. Saya ingat lagi waktu itu saya pakai seluar warna merah. Dan waktu itu, ramai-ramai sedang berada di surau 'shopping complex'. Waktu maghrib sudah masuk, tapi tiada siapa mahu jadi imam.

Yang A tolak yang B. Yang B tolak balik yang C. Eh, silap. Tolak balik yang A.

Tiada siapa mahu tolak saya. Yalah, siapa mahu tolak orang pakai seluar merah jadi imam.

Oleh sebab waktu maghrib bukan sahaja singkat, tapi orang pun biasanya akan terpaksa ambil giliran untuk solat, saya majukan diri ke depan untuk jadi imam.

Awak jangan tanyalah berapa banyak mata yang terbeliak.

Saya tak kisah. Saya mahu solat cepat. Dan saya percaya kebanyakan pun mahu solat cepat-cepat.

Dicepatkan cerita, saya pun mengimamkanlah solat maghrib itu selepas iqamah. Oleh sebab hati saya kurang suci, saya sengaja baca ayat bukan daripada surah lazim. Semoga Allah ampunkan saya.

Kedua-dua rakaat di mana imam kuatkan bacaan, kedua-dua kali saya baca ayat panjang sedikit (Tidak bolehlah panjang sangat. Katanya mahu cepat).

Selepas solat dan baca doa, pandangan makmum cukup berbeza daripada tadi. Ada budak rasanya siap mahu cium tangan saya.

...

Memang ini biasa. Biasa untuk kita bias. Kita manusia biasa, memang mudah terperangkap dalam bias-bias.

Itu kisah orang lain pandang 'senget' pada seluar merah saya. Saya pandang serong orang? Astaghfirullah. Yang boleh kita buat adalah sentiasa berusaha untuk beringat. Sentiasa doa semoga Allah jaga hati kita. Semoga Allah ampunkan diri kita yang lepas.

Sebab itu, apabila saya dengar kata-kata Abang Long Fadhil ini, saya insaf.

...


p/s: Pernah salah sangka / disalah sangka?


http://bit.ly/AbangLongFadil2
http://bit.ly/AbangLongFadil2
http://bit.ly/AbangLongFadil2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan