.

Rabu, 30 Mac 2016

Pos Percuma: Peluang Penjimatan Beli Buku Atas Talian

Aku, kalau nak beli barang atas talian, perkara terpenting yang aku lihat adalah kadar posnya. Ini penting supaya pembelian atas talian aku lebih berbaloi dari beli secara offline. Kalau setakat beza seringgit dua, aku tak kisah beli atas talian. Ialah, kalau beli offline dengan petrol, parkir dan penat kena difikirkan. Kalau beli atas talian senang, tak mandi lagi pun boleh membeli-belah sambil pegang perut.

Kalau POS PERCUMA, memang aku jarang fikir panjang; asal duitnya ada, terus beli je. Lebih-lebih lagi kalau barang tu memang lama aku idamkan tak tak dapat-dapat. Macam Lamborghini misalnya, aku minat bettul, tapi duitnya tak ada nak beli sebiji. Hohohooo.

Hari ni, tengah ada promosi POS PERCUMA bagi pembelian buku di Bookcafe. Biasanya kena beli RM150 ke atas bar dapat pos percuma. Kalau setakat beli RM149.95, memang tak dapat bang pos percumanya. Mahu RM40 juga la kos posnya.

Kalau boleh jimat RM40, kau boleh beli dua biji buku lagi tau!

Aku tak kau baru lepas gaji, apa lagi, beli buku, tambah pengetahuan kau. Biarpun kau duduk bawah tempurung, tapi pemikiran kau di angkasa raya!

Klik gambar bawah ni sekarang tau!

http://bit.ly/GagahBook

Isnin, 28 Mac 2016

Ubah Tindakan Untuk Ubah Sejarah

Kau boleh tinjau buku Pedagogi Bahasa Tertindas

Sambungan Kisah Bulu Kambing Hitam

Dah baca yang bahagian satu? Kalau belum, baca dulu. Nanti kau pening apa pasal ketua pengawal tu menggelupur.

-----

Maka, ketua pengawal pun memanggil semua hulubalang dan pengawal istana yang ada. "Korang kena tolong aku ni. Kalau tak, anak bini aku kena bunuh. Kalau anak bini aku kena bunuh, aku nak bunuh juga anak bini korang!" Ugut ketua pengawal kepada anak buahnya.

Lalu, seorang hulubalang mengemukakan idea. "Ada seorang tua di hujung negeri yang ada banyak kambing. Saya pernah beli kambing dia tahun lepas. Buat kambing golek. Bini mengidam masa tu".

Tanpa banyak songeh, gerombolan hulubalang bersama ketua pengawal terus berkuda ke hujung negeri. Lalu ditemui orang tua itu.

"Dengar cerita pakcik ada banyak kambing hitam. Betul ke. Kalau betul, saya nak beli semua. Raja gering terkena sihir. Bulu kambing hitam harus dihampar di seluruh lantai istana untuk manampan bisa sihir itu?" Luah ketua pengawal kepada pak tua itu.

"Ya, tapi semua dah mati diserang penyakit. Tapi pakcik ada simpan sebahagian bulunya. Jom ke bangsal belakang rumah pakcik ni". Kata pak tua.

Lalu mereka semua mengikut pak tua itu. Dan pak tua menunjukkan sebidang bulu kambing hitam miliknya yang masih ada.

"Cis orang tua! Kau ingat cukup bulu kambing ni nak dihamparkan di lantai istana tiga tingkat tu? Pengawal! Bunuh si tua ni!" Marah ketua pengawal.

Pak tua tersenyum. "Sabar orang muda. Bawa pakcik ke istana. Pakcik akan bantu kamu selesaikan masalah itu."

Ketua pengawal termenung. Dia tiada pilihan lain. Lalu dibawanya pak tua ke istana untuk menghadap permaisuri.

"Beta suruh bawa bulu kambing hitam. Yang kau bawa orang tua ni buat apa?" Jerkah permaisuri kepada ketua pengawal.

Ketua pengawal terkulat-kulat.

"Tuanku, patik boleh menyelesaikan masalah baginda raja itu", celah pak tua.

"Apa yang boleh kau buat?"

"Berikan saya sedikat masa dengan baginda raja. Hanya patik dan baginda raja sahaja. Insya Allah boleh selesai"

Lalu semua orang keluar dari bilik beradu raja. Pak tua lantas mengukur kaki raja. Dipotongnya bulu kambing hitam itu mengikut ukuran kaki raja. Diperelokkan sesuai dengan status si pemakai.

Sejam kemudian, raja keluar dari bilik beradu dengan kasut kulit kambing hitam dengan muka tersenyum gembira. Bukan setakat istana, Afrika Selatan pun baginda boleh pergi dengan sepatu itu.

--------

Belajar sesuatu? Apa macam. Bijak tak aku mengarang cerita? Hohohohoho. Sebenarnya, cerita ini ada dalam buku Terima Kasih Si Babi Hutan: Tuhan Aku Datang karya Arifin Ismail @ Lepat. banyak lagi kisah menarik dalam buku ini.

Tengok lagi pasal buku ni di http://bit.ly/terimakasihsibabihutan



Ahad, 27 Mac 2016

Sejukkan Malam Yang Panas Bukan Dengan Penyaman Udara


Arg! Malam yang panas! Dia punya panas sampai air dalam bilik air pun rasa macam pasang pemanas air. Melecet sikit juga kulit lembut abang ni. Hohohoho.

Tapi, sebenarnya, panas lagi jualan #DiskaunPanas 40% ni. Kau tahu, ada 400 buku yang diberi diskaun! Sampai ada buku yang harganya RM5 je. Makan tengahari lauk ikan keli pun lagi mahal tau!

Jadi, dengan pantas kau perlu sejukkan #DiskaunPanas ini dengan segera membeli. Tak payah bersiap nak keluar membeli. Cuma duduk depan komputer je. Kalau kau tak mandi lagi pun takde hal la. Takde siapa nak bau.

#DiskaunPanas ni tamat tengah malam ni. Sebelum perbankan internet tutup, baik kau membeli-belah sekarang dihttp://bit.ly/GagahBook2

Ini Sebab Deman Ola Bola

A photo posted by Gagah Book (@gagahbook) on
Dapat novel mantap ini. Hanya RM10 sahaja. Berbaloi kawan, berbaloi!  http://bit.ly/SebelasPatriot1

Bulu Kambing Hitam



Al-kisah suatu masa dahulu, ada seorang saudagar muda lagi kacak, bergaya dan kaya, datang ke sebuah negeri. Dia bersiar-siar di bandar di negeri itu dan singgah di sebuah kedai menjual lukisan.

Dia terlihat sebuah lukisan gambar perempuan cantik. Lalu dia pun bertanya kepada pemilik dan pelukis gambar tersebut. "Siapakah perempuan ini?" Pelukis itu merasa hairan. "Apa benar Tuan tidak kenal perempuan ini? Perempuan ini adalah puteri raja negeri ini!"

Saudagar muda itu naik angau. Itulah perempuan yang tercantik yang pernah dilihat seumur hidupnya. Pada zaman ini mungkin setara dengan Emma Maembong agaknya. Dia bertekad untuk mendapatkan puteri raja yang jelita itu.

Lalu dia terus ke istana negeri itu. Dengan hajat besar merisik bagi dirinya sendiri bagi mendapatkan sang puteri. Tidak dengan tangan kosong, dia membawa sekali perhiasan dan hadiah mahal dengan hasrat memancing hati raja. Ala, macam orang sekarang ini. Tunjuk gambar duit dalam Facebook pastu bergambar atas kereta dengan hasrat memancing hati bakal downline.

Lalu dipersembahkan segala macam hadiah dan perhiasan kepada sang raja, sambil hasrat dinyatakan untuk mendapatkan sang puteri yang macam Emma Maembong itu. Namun, raja menolak dengan baik. Sang puteri telah pun bertunang dengan anak raja negeri sebelah.

Berkecai kecewa hati saudagar itu. Dia berasa sangat dendam dengan raja. Lalu, dia berjumpa dengan pawang untuk membomohkan sang raja.

Saudagar muda berpakat dengan pawang. Pawang akan bomohkan raja sehingga mati. Manakala saudagar muda memberi upah lumayan kepada pawang dan menawarkan jawatan ahli nujum sekiranya beliau merampas kuasa setelah kematian raja.

Rancangan kejahatan dan kekejian itu berjalan lancar dengan bantuan segala jin dan syaitan yang dipunyai si pawang.

Pada pagi yang malang itu, raja terus jatuh rebah setelah turun dari katil dan memijak lantai istana. Permaisuri panik. Jeritan beliau didengari seluruh istana tiga tingkat itu. Lalu berkejaranlah pengawal istana ke bilik beradu utama. Namun, pengawal pun tak tahu nak buat apa. Lalu, ahli nujum negara dipanggil.

Ahli nujum dengan tenang dan bersahaja masuk ke bilik beradu utama dengan segala perkakasan pernujuman beliau. Setenang air di sungai, beliau mula mendiagnosis. "Ternyata baginda telah disihir. Bagi meneutralkan bisa sihir itu, seluruh lantai istana ini perlu dihampar dengan bulu kambing hitam." Begitulah keputusan diagnosis ahli nujum negara.

Permaisuri panik! Kasih beliau kepada raja tidak berbelah bagi. Terus dia memanggil ketua pengawal. "Cari segera bulu kambing hitam untuk seluruh istana ini dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, anak dan isteri kamu akan dibunuh! Beta bagi masa tiga hari sahaja!"

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Nantikan sambungnya. Kalau tak sabar nak tunggu, sila buat sambungan sendiri. Hahahahahaha! (Gelak jahat).

Sabtu, 26 Mac 2016

Ketahui Cara Yang Betul Membeli Tatkala Musim Panas.


Memang panas betul cuaca sekarang. Sampai rumput pun naik kuning. Pokok lengkuas aku kalau tak siram hari-hari memang beliau boleh arwah. Jangan katakan kat luar rumah, dalam rumah pun berbahang!

Memandangkan aku tak kaya macam kau, aku tak beli penyaman udara. Musim panas ini aku buka semua tingkap yang ada kat rumah aku, termasuk tingkap jamban. Pengudaraan rumah kena mantap musim panas macam ni.

Musim panas tak bermakna kau tak boleh buat apa-apa. Daripada tonton siaran ulangan Astro, lebih baik kau baca buku. Ingat! Bangsa membaca, bangsa berjaya!

Dulu, kalau nak beli buku kena pergi kedai buku. Sekarang ini tak payah dah. Dengan berlenggeng, pakai kain pelikat, minum sirap ais; kau dah boleh beli buku.

Nak beli kat mana? Kat sini kawan >>>> http://bit.ly/GagahBook2

Sekarang ada promosi 40% untuk 400 biji buku! Kalau kau jenis baca seminggu sebiji buku, itu bermaksud kau perlukan 7 tahun lebih untuk habiskan membaca kesemuanya! Ha, apa lagi beli sekali untuk stok 7 tahun!

Sambil Pegang Perut Pun Boleh

http://bit.ly/GagahBook2

Merantau Ke Deli

Aku mula meminati karya penulis Indonesia. Sebelum ini aku mengikuti kisah-kisah cinta Habiburahman dan tetralogi Andre Hirata. Karya di sana lebih telus, original dan bahasa yang indah. Bukan bermaksud karya tempatan tidak bagus. Aku juga membaca novel karya A Samad Said dan Faisal Tehrani. Tapi, karya mereka berdua sangat sastera bahasanya, kecuali Salina dan 1515.

http://bit.ly/MerantauKeDeli1



Merantau ke Deli karya dari ulama tersohor Nusantara, Buya Hamka. Boleh dikatakan bahawa Buya Hamka contoh klasik ilmuan Islam yang mengusai banyak bidang ilmu, termasuk kemampuan beliau menulis novel yang mencengkam!

Merantau ke Deli dimulai dengan kisah suasana di Deli latar 1930-an. Deli, suatu tempat seperti Jakarta sekarang yang menjadi tumpuan seluruh Nusantara untuk mencari rezeki dan menambah baik kehidupan.

Kisah berkembang bilamana Leman, seorang peniaga kecil dari Padang yang jatuh cinta dengan Poniem. Poniem seorang gundik mandur ladang yang berasal dari Jawa. Leman mengajak Poniem lari dari menjadi gundik dan berkahwin.

Setelah berkahwin, Leman semacam mengalami kesulitan dengan perniagaan beliau. Beliau buntu. Leman yang memegang adat Minangkabau keberatan untuk meminta bantuan Poniem. Walhal dalam masyarakat Jawa, suami isteri perlu berganding bahu dalam meningkatkan kehidupan dan ekonomi keluarga.

Poniem menggadaikan barang kemas beliau untuk membantu membesarkan perniagaan Leman. Lama-kelamaan, hasil usaha keras mereka berdua, perniagaan mereka maju dan mampu menyewa kedai yang besar. Mereka mampu menggaji pekerja. Salah seorang pekerja mereka berasal dari Jawa juga, bernama Suyono. Seperti lelaki Jawa yang biasa, Suyono memang seorang yang sangat rajin.

Konflik bermula apabila Leman mengajak Poniem pulang melawat kampung Leman di Padang. Orang kampung Leman menyambut kepulangan mereka berdua dengan meriah. Ialah, orang kaya. Walhal, semasa Leman tidak punya apa-apa dahulu, beliau langsung tidak dipandang.

Semacam ada maksud tersirat oleh keluarga Leman yang menggunakan adat Minangkabau sebagai helah untuk mengaut kekayaan Leman. Mereka menghasut Leman untuk berkahwin seorang lagi dengan orang Minangkabau. Mereka merasakan kekayaan Leman harus jatuh ke tangan orang Minagkabau juga, bukan ke tangan Poniem, gadis Jawa.

Lalu, berkahwinlah Leman dengan Mariatun, gadis Padang. Mulanya Poniem menerima dengan hati yang berat. Akan tetapi, lama-kelamaan sering berlaku perselisihan antara Poniem dan Mariatun.

Poniem diceraikan oleh Leman. Poniem lari ke medan. Suyono yang simpati dengan Poniem, menemani Poniem ke Medan. Di Medan, mereka sama-sama berusaha untuk meneruskan kehidupan. Dari, simpati, timbul rasa cinta dan mereka berkahwin akhirnya. Lalu, dari berniaga kecil-kecilan, perniagaan mereka semakin besar hasil usaha keras Suyano dan kepintaran berniaga Poniem.

Manakala, ekonomi Leman dan Mariatun semakin merosot. Leman dihasut supaya membeli tanah dan sawah di kampung beliau di Padang. Tapi, tanah dan sawah tersebut bukan milik beliau, tetapi menjadi milik keluarga Mariatun. Kehidupan Leman bertambah susah. Pernigaan yang besar semakin mengecil hingga terpaksa berjaja. Lebih teruk dari semasa beliau mula merantau ke Deli.

Entah bagaimana, Leman dan Mariatun berjumpa dengan Poniem dan Suyono. Leman sangat malu dengan Poniem. Beliau sedikit menyesal kerana menceraikan Poniem dahulu dan tidak berlaku adil terhadap Poniem.

Akhir cerita, Poniem dan Suyono semakin maju perniagaan mereka. Manakala Leman dan Mariatun terpaksa pulang ke kampung. Walaupun Leman sudah membeli tanah dan sawah di kampung, tetapi, itu bukan milik beliau. Barangkali, suatu masa nanti beliau akan disisihkan oleh keluarga Mariatun dan menghabiskan sisa hidup di surau buruk...

--------------------------------------------

Sangat banyak pengajaran diperolehi dari novel tersebut. Walaupun ditulis tahun 1930-an, namun ia masih sangat releven dengan suasana kini. Ternyata Buya Hamka memang genius!

-------------------------------------------
Buku ini hanya RM15.00. Tapi., untuk tempoh terhad, harganya RM14.25 sahaja!!
Dapatkan sekarang di http://bit.ly/MerantauKeDeli2









Jumaat, 25 Mac 2016

Ini Kerja Gila: Diskaun 40% Untuk 400 Buku

http://bit.ly/Panas40


Suhu paling panas pernah direkodkan, kalau tak silap aku di Chuping, Perlis. Cecah 39.xx selsius. Tapi, tahun ni dijangkan suhu akan lebih panas, dijangka lebih 40 selsius! Wow! Dah macam negara padang pasir.

Jadi, musim panas macam ni, adalah lebih baik kalau kau kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air. Sambil kau minum air depan komputer dalam bilik berpenyaman udara, apa kata kau klik http://bit.ly/GagahBook2 untuk dapatkan buku berkualiti.

Badan dah segar, apakata kau segarkan pula minda kau dengan membeli bahan bacan yang berkualiti. Lebih-lebih lagi sekarang tengah ada diskaun 40% untuk 400 buku! Pergh!!!!

Sebab 400 tu banyak sangat, aku cadangkan beberapa buku untuk kau pertimbangkan.

1- Maryamah Karparov
2- Sebelas Patriot
3- Riyadus Solihin
4- Law of Attraction
5- Eat That Frog

Tak suka pilihan aku? Huh! Pilih sendiri le!  http://bit.ly/GagahBook2

p/s: Promo ni sampai 27 Mac sahaja ye! Kalau dah habis tempoh, jangan nak goda abg suruh lanjutkan masa diskaun. Tak layan!

Jangan Jadi Si Gemuk Yang Bodoh

A photo posted by Gagah Book (@gagahbook) on

Muhammad Al-Fateh Penakluk Constantinaple

Sabda Rasullulah SAW
"Kota Konstantinaple akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandinya adalah sebaik-baik pasukan"

(HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)
http://bit.ly/SultanMuhammadAl-Fateh
Bagi yang aku kira sangat mesti dibaca oleh semua pemuda Muslim. Kisah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan dan panglima perang muda yang berjaya menakluk kota Constantinople. Ironinya, beliau berjaya menakluk kota tersebut selepas 800 tahun hadis di atas diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Usaha menawan kota Constantinople dimulakan oleh Saidina Ali. Tapi tidak berjaya. Usaha iu diteruskan lagi oleh Muawiyah bin Abu Sufian. Gagal. Dicuba lagi pleh Khalifah Harus al-Rasyid, tapi masih belum berjaya.
Kemudiannya, Sultan Beyazid melancarkan beberapa siri serangan untuk menakluk Constantinople, tapi masih tidak berjaya. Tapi, beliau dikenang sebagai orang yang paling gigih cuba untuk mewana kota itu.








Kejayaan Sultan Muhammad menakluk Constantinople adalah hasil dari didikan ayahanda beliau, Sultan Murad dan seorang alim yang juga penasihat Sultan Murad iaitu Syeikh Syamsuddin Al-Wali. Oleh itu, Sultan Muhammad telah dipersiapkan untuk menawan kota itu dengan ilmu agamanya, ilmu strategi peperangan, ilmu pertarungan dan pelbagai lagi.

Malah, Sultan Murad juga menjadi "mastermind" dalam rangka awal usaha menakluk kota itu. Juga, beliau bertanggupjawab mereka "blueprint" bagi Sultan Muhammad untuk meyambung legesi pemerintahan beliau.
Atas visi Sultan Murad, akhirnya, dengan kesungguhan dan ketakwaan, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan kota Constantinople peda 29 Mei 1453, pada usia 19 tahun! Penaklukan Constantinople amat penting bagi peluasan agama Islam. Lokasinya yang terlatak diantara benua Asia dan Eropah, membolehkan Sultan Muhammad menakluk dan menyebarkan Islam sehingga Jerman dan Asia Tengah.
Tetapi, Allah lebih menyayangi beliau. Beliau wafat pada usia yang relatifnya muda, 49 tahun pada 1481 akibat diracun oleh seorang yahudi bernama Maesto Jakopa.
----------------
Buku ini hanya RM24.00

Ahad, 20 Mac 2016

Cinta Suci Zahrana

http://bit.ly/CintaSuciZahrana1


Entah kenapa, sekarang ini aku suka membaca novel. Entah kenapa pula, penulis-penulis kesukaan aku suka menulis cerita tema cinta. Lalu, secara tidak langsung aku sekarang suka membaca novel-novel cinta. Oyeh!

Baiklah, kali ini aku membaca novel Cinta Suci Zahrana, karya novelis pembangun jiwa dari Indonesia, Habiburahman El Shirazy.

Cerita ini mengisahkan ego seorang wanita yang sangat mengejar ilmu dan sering terkehadapan dalam bidang ilmunya. Oleh sebab itu, beliau masih tidak lagi berkahwin selepas usia beliah menjangkau 30 tahun. Dan, nama watak itu adalah Zahrana.

Walau mencapai kegemilangan dalam eksplorasi ilmu beliau, namun, hidup beliau kurang lengkap tanpa suami di sisi. Itu menyebabkan ibu bapa beliau bimbang terhadap masa depan satu-satunya anak mereka. Lalu, segala usaha dikerahkan untuk satu tujuan - mencari jodoh Zahrana.

Konflik bermula bila Pak Sukarman, dekan merangkap bos Zahrana menaruh hati pada Zahrana. Walaupun Pak Sukarman itu sudah naik haji, tapi perangai beliau amat keji. Ramai pelajar perempuan menjadi mangsa nafsu serakah Pak Sukaman. Oleh itu pinangan Pak Sukarman ditolak oleh Zahrana. Pak Sukarman menaruh dendam.

Jodoh Zahrana sampai akhirnya, dengan seorang pemuda penjual keropok yang kacak, baik, berilmu agama dan mampu membimbing Zahrana. Tapi jodoh mereka tidak sampai. Bakal suami Zahrana terbunuh dalam satu kemalangan yang dirancang oleh Pak Sukarman.

Zahrana terpana. Bapa beliau terkejut lalu meninggalkan alam yang fana. Apa terjadi seterusnya? Ha! Itu kau kena baca sendiri. Kalau nak pinjam novel ini dari aku pun boleh. Tapi jangan lupa pulangkan!

---------------
Tapi lebih syoik kalau beli sendiri di http://bit.ly/CintaSuciZahrana2

Makanan Yang Penting Untuk Otak

A photo posted by Gagah Book (@gagahbook) on

Dwilogi Padang Bulan

http://bit.ly/PadangBulan


Satu-satunya novel yang buat aku ketawa.

Novel ini ada dua bahagian. Bahagian satu: Padang Bulan. Manakala bahagian dua: Cinta dalam gelas.

Permulaan Padang Bulan sangat menyedihkan dan tragik. Menceritakan tentang Enong yang gemar matapelajaran bahasa Inggeris, terpaksa berhenti belajar dan menjadi pendulang timah selepas kematian bapanya. Bapanya, mati tertimbus tatkala mendulang timah. Lebih tragis, bapa Enong mati setelah menghadiahkan ibunya (secara kejutan, suprise) sebuah basikal baru.

Cerita seterusnya berkembang mengenai kegigihan Enong menjadi pendulang timah pertama di kampungnya dan kecekalan beliau mempelajari bahasa Inggeris walaupun tidak ke sekolah.

Entah bagaimana, wujud watak Ikal, seorang graduan universiti luar negara yang juga penganggur. Beliau bercinta dengan A Ling. Tapi, tiba-tiba A Ling berubah hati kepada Zinar. Bermula dari babak itu, pelbagai kelucuan timbul apabila Ikal cuba mencuri kembali hati A Ling dari Zinar dengan bantuan rakannya, seorang detektif persendirian bernama M. Nur.

Bahagian pertama tamat apabila Ikal rupanya salah faham terhadap A Ling dan Enong mula mendaki tangga kejayaan.

Bahagian kedua lebih tertumpu pada Enong yang telah mula memperlihatkan keyakinan diri. Ikal, dalam bahagian kedua telah bekerja di sebuah kedai kopi.

Cerita bahagian kedua lebih menjurus kepada percubaan Enong untuk menjadi jaguh catur tempatan, sebagai menebus maruahnya terhadap semua dan segala penghinaan terhadap beliau sebelum ini. Dengan bantuan Ikal, detektif M. Nur, gangster pendek, Jose Rizal, dan jaguh catur antarabangsa kenalan Ikal, beliau berjaya menjadi juara catur tiga tahun berturut-turut. Lebih manis, kejuarannya diperoleh setelah menumbangkan bekas suami beliau dan orang yang pernah cuba memperkosa beliau.


Walaupun sinopsis bahagian kedua kelihatan serius, tapi, percayalah, ia sangat kelakar! Hahahahaha.



--------------


Follow Instagram dan Facebook GagahBook