.

Selasa, 13 September 2016

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Kisah mengenai Zainuddin. Bapanya orang Minangkabau. Kerana pertelingkahan, bapanya merantau ke Makassar dan berkahwin dengan ibunya.

Setelah setelah kematian ibu bapanya, Zainuddin dijaga oleh Mak Base.

Apabila dewasa, Zainuddin teringin sangat berjumpa dengan saudara mara bapanya, lalu beliau berkelana ke kampug halaman bapanya, di Padang. Tinggallah Mak Base menjaga harta peninggalan ibu bapa Zainuddin dan sekali sekala mengirim kepada Zainuddin duit belanja.

Zainuddin, jatuh cinta dengan Hayati, gadis Bapituh. Tapi, cinta mereka dihalang kerana perbezaan darjat. Zainuddin orang dagang, tidak setaraf dengan Hayati, orang beradat.

Cinta mereka terlerai setelah Hayati berkahwin dengan Aziz, seorang playboy, namun orang beradat. Zainuddin tidak keruan, hampir gila. Tapi, berjaya dipulihkan semangat oleh Bang Muluk.

Bersama Bang Muluk yang menjadi peneman dan pembantu, Zainuddin mula mengembangkan bakatnya dalam penulisan. Zainuddin menjadi kaya dengan penulisannya senantiasa dinanti oleh para peminat beliau.

Owh, sampai di sini sahaja aku baca buku ini. Tak habis lagi. Hohohohoo. Punyalah syok plotnya, sampai banyak kali ulang dari awal.

Bagi pengetahuan kau juga, novel ini telah juga diangkat menjadi naskah filem. Tapi, orang kata, plot akhirnya berbeza.

Jangan fikir filem sangat, susah nak dapat filemnya. Kau baca novel dulu. Nah! Dapatkan kat sini >>> http://bit.ly/tenggelamnakapalvander
>>> http://bit.ly/tenggelamnakapalvander
>>> http://bit.ly/tenggelamnakapalvander

Sebelas Patriot



Kalau kau pernah baca trilogi Laskar Pelangi, kau akan perasan ada watak yang sama dalam novel ini. Kiranya semacam subplot lain dalam trilogi itu.

Ataupun, jika kau mahu semangat Ola Bola kekal membara dalam diri kau, bacalah novel ini. Novel ini murah, RM10 sahaja. Tapi pengajaran tidak ternilai.

Ayah Ikal seorang pemain bola sepak pada zaman penjajahan Belanda. Namun, beliau tidak dapat meneruskan kehebatan beliau kerana cedera diperlakukan penjajah Belanda.

Entah bagaimana, pada satu masa Ikal mengetahui kehebatan ayah beliau. Beliau cuba untuk menjadi sehebat ayah beliau. Bukan untuk kepuasan dirinya, tapi, sebagai tanda kasih kepada ayahnya. Adakah beliau akan berjaya?




Isnin, 12 September 2016

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Walaupun aku tak romantik, tapi aku baca novel cinta. Hahahahahaha

 Sebelum ini aku ada ulas mengenai novel ini episod 1. Kau kena baca dua-dua episod, baru best. Kalau kau baca salah satu sahaja, kau akan rasa semacam kencing tak lawas.


Dalam episod ini, dipaparkan kehidupan Azam setelah tamat pengajian di Al-Azhar dan pulang ke Indonesia. Di kampung halamannya, dipaparkan kisah beliau yang tidak malu menjual bakso, walaupun berkelulusan Al-Azhar. Bermula kecil-kecilan, perniagaan bakso beliau yang dikenali sebagai "Bakso Cinta" semakin laris dari hari ke sehari.

Selain menjual bakso, Azam turut mengajar secara sambilan disebuah sekolah pondok milik Pak Kiyai Lutfi. Cerita tambah menarik bila Azam turut menaruh hati ke atas anak Pak Kiyai Lutfi, Anna. Malangnya Anna merupakan tunangan orang. Tunang kepada rakan Azam sendiri, Furqan.

Furqan akhirnya berkahwin dengan Anna, namun perkahwinan mereka gagal kerana Furqan telah disuntik darah HIV/AIDS. Anna diceraikan dengan status janda berhias.

Anna sebetulnya mengkagumi sosok Azam. Rajin, rendah diri, berilmu dan ada minda bisnes yang bagus. Tapi, kerana Furqan terlebih dulu melamarnya, beliau terpaksa melupakan Azam.

Manakala, Azam pula, semenjak Anna telah menjadi tunangan orang, seringkali lamaran beliau terputus di tengah jalan. Namun, beliau redha akan ketentuan Ilahi.

Hinggakan, akhirnya Azam meminta Kiyai Lutfi mencarikan jodohnya. Kebetulan, Anna telah habis edah. Lantas, Pak Kiyai terus meminta Azam mengahwini Anna. Owh! Happy ending. (Aku sedang mengesat air mata kegembiraan, hahahaha)

Tapi, sub plot novel ini agak longgar. Tidak diceritakan bagaimana keadaan adik bongso Azam yang berusia 9 tahun apabila mereka kehilangan ibu mereka.

Tidak dinyatakan juga kesudahan kawan adik Azam (aku lupa namanya) yang mengandung anak luar nikah dan menyebabkan bapanya mati akibat serangan jantung.

Juga, tiada pengakhiran bagimana kisah percintaan watak-watak lain seperti Fadhil dan  Cut Mala.

Tapi, pada aku novel ini memang terbaik. Banyak pengajaran, kata hikmah dan motivasi diselitkan dalam novel ini. Aku masih boleh bagi 3 thumbs up! 

Ketika CInta Bertasbih Episod 1

Ini buku ketiga karya Habirurrahman yang aku baca setelah Bumi Cinta dan Ayat-Ayat Cinta. Membaca Ketika Cinta Bertasbih, aku merasakan Bumi Cinta jauh lebih baik.

Novel ini mengisahkan Azam, seorang penjual tempe dan bakso di Mesir. Beliau bukan sengaja ingin menjual tempe dan bakso, tetapi demi menyara ibu dan tiga orang adik beliau di Indonesia. Pada masa yang sama, Azam masih menuntut di Al-Azhar.

Mulanya, pada tahun satu pengajian, beliau seorang pelajar yang cemerlang. Akan tetapi, setelah kematian bapa beliau pada tahun kedua, beliau terpaksa memikirkan cara untuk kekal bertahan di Al-Azhar dan pada yang sama menyara keluarga di kampung. Lalu, beliau memutuskan untuk berniaga tempe dan bakso di Mesir.

Azam, sangat gigih. Belajar di Al-Azhar dan pada masa yang sama berniaga untuk menyara keluarga adalah suatu perkara yang sukar. Tetapi, seperti nama beliau, dengan keazaman beliau berjaya menghabiskan pengajian sarjana muda di Al-Azhar dan pada masa yang sama membolehkan dua orang adik beliau tamat belajar di universiti tempatan.

Selain itu, plot cerita tambah menarik bilamana Azam cuba melamar Anna, anak pak kiyai pondok yang alim, pintar dan jelita. Tapi, malang, pinangannya ditolak kerana rakan karib beliau, Furqan terlebih dahulu meminang Anna.

Pada masa yang sama, Eliana anak duta besar Indonesia ke Mesir amat tertarik dangan mengkagumi keperibadian Azam. Tapi, Eliana kelihatan tidak cocok dengan Azam memandangkan Eliana seorang yang agak sosial dan kurang alim, walaupun beliau tidak kalah jelita.

Sub-plot lainya memaparkan kisah percintaan yang islamik watak-watak Hafez, Cut Mala, Fadhil dan Tiara. Juga, kisah Furqan yang difitnah dengan foto bogel dan suntikan virus HIV/Aids.

Novel ini sangat tidak mengecewakan. Ceritanya padat dengan motivasi. Samada motivasi perniagaan, kejayaan atau cinta. Gaya bahasa masih boleh difahami.


Ahad, 11 September 2016

Budak Hostel Otaknya Sewel



"Hebak ahh mung Mona. Orang selalu bercita cita nok gi bulang. Mung takyoh susoh susoh naik roket. Bulang yang datang ke mung...Kaloh Astronot...Hehehe" Itu dialog Ahmad Maslang. Watak sampingan dalam novel.

Kalau watak utama lagi naharom dia punya dialog! Nostalgik sungguh novel ni bagi yang pernah duduk asrama.

Novel lucu ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar lelaki yang hendak masuk secara haram ke dalam asrama perempuan untuk mencuri coli gadis tercantik di sekolah itu, Zakiah.

Mula-mula baca macam novel yang biasa. Lama-kelamaan ia semakin kelakar. Namun, di penghujung cerita, ia berubah menjadi sangat thrill.

Novel ini memang mengusik!

http://bit.ly/BudakHostelOtaknyaSewal
http://bit.ly/BudakHostelOtaknyaSewal
http://bit.ly/BudakHostelOtaknyaSewal



Bagaimana Anyss Naik Ke Langit



Ini karya Faisal Tehrani yang entah keberapa yang aku baca. Lama juga aku tak baca buku beliau. Kali terakhir mungkin Sebongkah Batu di Kuala Berang yang telah diharamkan bacaannya.

Aku rasa macam buku ni ada potensi diharamkan. Hohohoho. Tiadalah kepastian samada buku ini adalah fiksyen atau kisah benar. Tapi, dengan nota kaki rujukan yang dilakukan, aku lebih percaya bahawa buku ini adalah kisah benar.

Buku ini mengisahlan seorang aktivis yang memperjuang nasib orang Penan, yang akhirnya mati dibunuh. Tapi, bahagian itu tidaklah sadis. Lebih sadis adalah kesialan pembalak kapitalis yang ditunggangi ahli politik tamak yang merodok apa sahaja, termasuk yang dalam gambar itu.

Selain Palestin, orang Penan juga wajib dibantu. Kapitalis pembalak tu punya kejam dah setaraf Israel.

Buku dari @DubookPress wajib kau baca bagi mengelakkan kau dikaburi media arus perdana dan keviralan pesbuk yang entah apa-apa.