.

Sabtu, 10 Februari 2018

Eat That Frog


Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain -

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu.

Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi.

Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Jumaat, 9 Februari 2018

Riyadus Solihin


Kitab ini menghurai dengan rujukan dari Al-Quran dan Hadis mengenai akidah, akhlak dan ibadat.

Macam macam dihurai mengenai kehidupan seharian dalam kitab ini. Antaranya adab dengan jiran. Ialah, kita sekarang ni nama jiran pun tak tahu.

http://bit.ly/riyadussolihin1

Khamis, 8 Februari 2018

Kenapa Babi Tidak Halal



Ya, awak memang comel.
Paling comel antara yang lain.
Tapi, lebih baik ada jurang antara kita.

Sebab, awak haram untuk saya.
Selamanya~

------

Seorang pemuda pernah bertanya kepada Profesor Dr. HAMKA sebab pengharaman babi sedangkan daging babi sedap.

Dr. HAMKA menyatakan, "Daging babi diharamkan kerana babi suka memakan benda kotor dan najis." Pemuda itu menyatakan lagi, "Ayam juga suka memakan najis, mengapa ayam tidak diharamkan? Ikan juga dibesarkan dengan najis, mengapa ikan tidak diharamkan?"

Ketahui jawapan Dr. HAMKA yang menjawab kekeliruan pemuda tersebut dengan mendapatkan buku ini di http://bit.ly/KenapaBabiTidakHalal1

Rabu, 7 Februari 2018

Penawar Bagi Hati


Apa keistimewaan buku ini?
.
Buku ini mengandungi:
.
1. Buku ini disertakan teks rumi dengan gaya bahasa moden.
2. Teksi jawi lama daripada kitab asas dikekalkan.
3. Syarah hadith daripada pentahqiq .


http://bit.ly/PenawarBagiHati2

Selasa, 6 Februari 2018

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi




Lelaki ini, umur 21 dah mulakan NGO untuk bantu pelarian Syria di Jordan.
Bukan calang-calang punya kerja. Buat pun secara separuh masa, selain belajar. Dengan kerja tak bergaji dan kena maki, memang hati lelaki ini kental.

Aku umur 21 memang tengah lagha tahap nauzubillah.

http://bit.ly/lelakiterakhirmenangis

Isnin, 5 Februari 2018

Nama Beta Sultan Alauddin



Karya ini ringan. Tak seberat 1515 arau Sebongkah Batu di Kuala Berang.

Kisah mengenai Sultan Alaudin yang remaja. Dicerita dengan gaya bercerita.

Karya ini sesuai untuk orang yang malas baca. Buku nipis. Bab pendek. Ayat kontot. Tak sampai 2 jam boleh habis baca. Kiranya karya ini semacam sastera untuk pemula.

Tapi, pengakhirannya macam tergantung. Anti klimaks. Namun, ia ternyata lari dari kebiasaan.

Ahad, 4 Februari 2018

AKu Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)



Kita syok sendiri. Hidup dalam lingkungan kita, bercakap dalam bahasa kita dan tidak peduli apa yang orang yang tak sama dengan kita berpandangan mengenai kita.

Buku ini buka mata aku. Ditulis oleh orang yang bukan Melayu. Ia satu sudut pandang yang lain tentang bahasa Melayu, Islam dan negara ini.

Kena berlapang dada bila baca buku ini.

http://bit.ly/akukafirkausiapa

Sabtu, 3 Februari 2018

Pidato & Strategi Perang



Syok juga sekali sekali baca buku macam ni yang sosialis.
Duduk dalam kelompok kapitalis menyebabkan kadang kala aku jadi tamak.

Buku ni bagi reda sikit ketamakan aku.

Menarik juga, ada beberapa quote buku ini yang amat kena dengan situasi sekarang.

Jumaat, 2 Februari 2018

Memulakan Bisnes Sendiri



Zaman gawat. Ramai orang takde kerja. Abang yang kerja ni pun terpaksa jual buku nak lepas duit bayar bil api.

Tapi, nak mula bisnes kena ada ilmu. Buku ni RM14 je. Tapi isinya macam nilai RM14juta.

Kopipes link berikut.
http://bit.ly/MemulakanBisnesSendiri1

Khamis, 1 Februari 2018

Pedagogi Bahasa Tertindas





Buku ini bosan kalau kau bukan yang jenis sayang bahasa kau. Buku ni cerita pasal pasca PPSMI, tapi ditulis semasa zaman PPSMI.

Sejauh mana kebosanan buku ini? Ha! Itu pasal la kau kena baca buku ini.
Apa macam? Power tak aku punya ayat pancing.

Hahahahahah.

Nak beli? Ni linknya http://bit.ly/PedagogiBahasa

Rabu, 31 Januari 2018

Diari Hidup Rasulullah S.A.W



Apakah ganjarannya menjejak sunnah Rasulullah dengan Solat Subuh secara berjemaah?
.
"Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid (bagi mengerjakan solat subuh) dengan cahaya yang terang-benderang (pertolongan) pada Hari Kiamat,"
.
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
.
===============
.
Petikan Buku Diari Hidup Rasulullah S.A.W.
.
Beli di sini sekarang: http://bit.ly/diarihiduprasul
Beli di sini sekarang: http://bit.ly/diarihiduprasul

Selasa, 30 Januari 2018

Kisah Orang Menang



Serius. Mamat ni memang poyo. Walaupun poyo, dia power beb.
Tak percaya? Nah baca buku dia. Jangan sentap. Kalau hati tisu tak payah baca!

http://bit.ly/KisahOrangMenang2


Isnin, 29 Januari 2018

Malcolm-X



Malcolm bermula dari fahaman 'segragation' kulit putih untuk kulit putih - kulit hitam untuk lulit hitam sehingga beliau temui 'Integration' ketika menunaikan Haji
.
Tulis beliau,
.
"I am a Muslim, because it's a religion that teaches you an eye for an eye and a tooth for a tooth. It teaches you to respect everybody, and treat everybody right"
.
Beli sekarang di http://bit.ly/Malcolm-X1

Ahad, 28 Januari 2018

Lembaga Budi



Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia.

Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi.

Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Dapatkan sekarang buku ini secara online di
http://bit.ly/LembagaBudi1

Sabtu, 27 Januari 2018

Di Bawah Lindungan Kaabah



Inilah sebuah kisah cinta yang tidak terucap oleh lidah. Masing-masing menyimpan dalam hati kerana takut pada halangan darjat. Pada akhirnya, apa yang dipendam menjadi bisa dan akhirnya, hanya di bawah lindungan Ka'bah, bisa cinta itu berakhir.

http://bit.ly/DiBawahLindunganKaabahHamka

Jumaat, 26 Januari 2018

Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal Daripada Islam?



Buku ini bukan ingin mencetuskan perbalahan tetapi memberi pencerahan.

Apakah fakta sebenar  tentang hubungan ‘kerasulan’ yang diutuskan kepada setiap kaum?

Ketahui jawapan serta hikmahnya dengan mendapatkan buku ini di http://bit.ly/ahudiKristianHinduBudha

Khamis, 25 Januari 2018

Sejarah Umat Islam

Apa yang membezakan Sejarah Umat Islam tulisan HAMKA ini dengan karya-karya sejarah umat Islam yang ditulis oleh penulis lainnya?
.
Iaitu HAMKA dengan tuntas bercerita bagaimana Sejarah Umat Islam yang berlaku di tanah air kita, Nusantara.
.
Bagaimana permulaan Aceh, Riau, Samudra-Pasai, Jawa, Melaka dan Johor.
http://bit.ly/SejarahUmatIslam2

Rabu, 24 Januari 2018

Ibnu Battuta



Mengembara selama 30 tahun? Mampukah kita?
.
Tiada yang mustahil bagi Ilmuwan Islam terkenal; Ibnu Battuta.
.
Memang tidak dinafikan kebanyakkan tokoh-tokoh Islam, tidak akan dapat dipisahkan daripada pengembaraan.
.
Pepatah juga berbunyi; "jauh perjalanan luas pengetahuan."
.
Buku ini merungkai bagaimana pengembaraan beliau yang akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.
.
.

http://bit.ly/ibnubattuta

Selasa, 23 Januari 2018

Lembaga Hikmat



"Mengapa unta lambat perlahan, memikul emas ataukah besi?" Berat agaknya jenis pikulan, entah manusia yang jadi isi."
.
.
Pantun terakhir sebelum Ratu Zaaba tewas di tangan Raja Amer dek kerana terpedaya dengan helah akalnya si Qusair.
.
Karya Hamka - Lembaga Hikmat ini cukup padat dengan pengajaran.
.
Bahasa asal yang dikekalkan namun masih mampu untuk difahami & diperhalusi isi penyampaiannya.
.
 
http://bit.ly/LembagaHikmat1

Isnin, 22 Januari 2018

Law of Attraction - Hukum Tarikan



Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia adalah daya kuasa yang wujud dalam kehidupan kita. Ia dipanggil Hukum Tarikan dan sekarang ia menarik perhatian manusia, pekerjaan, situasi dan hubungan yang ideal kepada anda.

Hukum Tarikan mendedahkan program 3-langkah yang menarik, lengkap dengan tip, kaedah, latihan, dan skrip, serta menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat mempraktikkan latihan-latihan yang terbukti ini dalam hidup dengan segera. Pelajari bagaimana:

- Menarik pasangan ideal anda.
- Menambah kekayaan dan kemakmuran anda (ia bukan semata-mata mengenai wang)
- Mendapatkan lebih banyak pelanggan dan rujukan ke dalam dunia bisnes anda.
- Menemui kerjaya ideal anda yang sebenar.

Pelajari bagaimana cara menggunakan ia dengan sepenuhnya dan berkesan kepada anda. Realisasikan impian anda dengan Hukum Tarikan.

http://bit.ly/LawOfAttraction2
http://bit.ly/LawOfAttraction2
http://bit.ly/LawOfAttraction2

Ahad, 21 Januari 2018

Who Moved My Cheese? - Edisi Bahasa Melau



Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih untuk berubah, kita menjadi berkuasa.

Kita mempunyai kuasa untuk menentukan matlamat hidup dan mencapai impian kita. Bukan semua perubahan adalah bagus.

Ada masanya, kita langsung tidak perlukan perubahan. Namun, dalam dunia yang sentiasa berubah ini, pasti ada kelebihannya apabila kita belajar beradaptasi dan sedia menikmati perkara yang lebih baik.

Who Moved My Cheese? adalah kisah tentang misteri kehilangan keju dalam dunia tikus. Keju adalah metafora bagi semua perkara yang kita mahu dalam hidup, sama ada harta, cinta, kebahagiaan, atau ketenangan.

Tikus dalam kisah ini pula adalah simbolik kepada manusia yang sentiasa diuji dengan kehilangan harta, kehilangan kuasa, dan kehilangan orang yang tersayang. Apabila berlakunya perubahan dan kita hilang perkara yang kita sayang, adakah cukup sekadar kita meratap-ratap dan merenung langit sambil mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Dalam tempoh 16 bulan sahaja selepas diterbitkan, buku ini sudah tercetak sebanyak satu juta naskhah.

Dua tahun berikutnya, buku ini sudah dicetak melebihi 10 juta naskhah. Mulakan perubahan ke arah yang lebih pada hari ini juga. Mulakan perubahan dengan membaca buku ini, Who Moved My Cheese?

Ceritanya mudah difahami, namun impaknya sangat berkuasa. Berubahlah sebelum terlambat dan jangan terperangkap dalam zon selesa, kerana terlalu selesa boleh membawa binasa.
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese

Sabtu, 20 Januari 2018

The Richest Man in Babylon - Edisi Bahasa Melayu



"Cahaya mentari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan, dan akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia"
- Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.

Ribuan tahun sudah berlalu. Para Babylonian tidak hanya meninggalkan serpihan sejarah kota yang penuh kegemilangan untuk kita kenang, malah ilmu kewangannya yang mantap untuk kita fahami dan amalkan. George S. Clason berjaya memecah rahsia kekayaan para Babylonian lalu memuatkannya ke dalam naskhah ini. Menerusi gaya penceritaan yang mudah, naskhah bestseller sepanjang zaman ini akan mengacu perjalanan kita bagi mencapai segala impian, dan kemahuan dalam hidup.

Diangkat sebagai karya klasik moden, buku ini menawarkan penyelesaian bagi kita yang mahu keluar dari kepompong masalah kewangan, seterusnya menjadi kaya dan berjaya.

Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera.

http://bit.ly/richestmaninbabylonbm
http://bit.ly/richestmaninbabylonbm
http://bit.ly/richestmaninbabylonbm

Jumaat, 19 Januari 2018

Think and Grow Rich - Edisi Bahasa Melayu



Think and Grow Rich langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan:


1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, "Saya mahu banyak wang."

2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.

3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.


Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinya Think and Grow Rich adalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.

http://bit.ly/thinkandgrowrichbm

Khamis, 18 Januari 2018

Kipidap



"Beban tanggungjawab kau sebagai orang pandai itu lebih besar daripada beban orang yang kau anggap bodoh ini."

Siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara?

Penampilan uniform ketat, rambut panjang, spek mata hitam dan tongkat serta beret merah yang ikonik, dengan mudah menarik lensa kamera dan video para wartawan pengamal media massa.

http://bit.ly/kipidapranikulup
http://bit.ly/kipidapranikulup
http://bit.ly/kipidapranikulup

Rabu, 17 Januari 2018

Konspirasi Pembunuhan Nabi SAW



Ketika baginda SAW sedang sakit dan hampir wafat, baginda berkata, “Wahai Aisyah, aku masih merasai kesakitan akibat makanan (kambing yang diletak racun) yang aku jamah di Khaibar.” (HR al-Bukhari: 4428) Perjuangan dakwah baginda SAW terus dimusuhi sehingga akhir hayatnya. Begitu banyak usaha yang dilakukan oleh musuh Islam untuk menghalang usaha baginda dalam menyebarkan risalah.
--
Bermula sejak baginda diangkat menjadi Utusan Allah, pelbagai perancangan untuk membunuh baginda dirangka demi mematikan usaha dakwah. Baginda merupakan individu yang sangat dihormati dan disanjung oleh semua orang sebelum diangkat menjadi utusan Allah. Namun segalanya berubah apabila baginda menerima wahyu.
--
Ini bererti mereka bukan memusuhi kebaikan dan akhlak baginda, tetapi kebencian dan kesombongan daripada menerima kebenaran wahyu yang mencetuskan permusuhan.
--
Diharapkan karya ini mampu menaikkan semangat kita menjadi penyampai risalah tauhid sekalipun diuji dan dimusuhi oleh manusia.
--------


Dapatkan buku ini di http://bit.ly/KonspirasiPembunuhanRasul

Selasa, 16 Januari 2018

Lost In Sekutland




Aku kenal Irwan Dahnil ni lama dah. Aku rasa masa tahun 2010. Dia ada jual e-book SMS Marketing kalau tak silap aku. Dan aku jadi agen affiliate e-book itu.

Walaupun aku kenal beliau, aku tak rasa beliau kenal aku. Macam aku kenal Najib Razak. Kau pun mesti kenal Najib Razak. Tapi, belum pasti Najib Razak kenal kau kan?

Kalau kau merasakan buku ini adalah buku travelog yang biasa, kau silap. Buku ini bukan travelog. Buku ini lebih kepada pengalaman penulis tinggal di Scotland.

Ini buku keempat seumpama ini yang aku baca. Aku pernah baca trilogi tulisan Mohd Fudzail Mohd Nor. Kisah seorang anak Felda Keratong yang menyambung pengajian di New Zealand. Trilogi travelog itu diceritakan dalam bentuk novel.

Menariknya buku Lost in Sekutland ini pula, ia merupakan catatan ringkas dan tips untuk menetap di luar negara. Kau boleh baca dalam keadaan santai. Ayatnya tidak kompleks. Ringkas sahaja. Anak kau yang darjah dua pun aku percaya boleh membaca buku ini dengan baik.

Aku tidak berhasrat untuk membocorkan sedikit kandungan buku ini. Elok kau dapatkan sendiri. Aku malas nak taip dah ni sebenarnya. Aku beli buku ini di Kedai Buku SMO.

Oh ya, sebelum penamat post ini, kau boleh follow Irwan Dahnil ni. Dia ada buat servis semacam pemandu pelancong di Eropah. Kalau kau ada duit lebih atau nak tambah pengalaman, boleh PM terus beliau untuk melancong secara santai ke Eropah.

Aku ada cadang juga nak pergi melancong ke sana. Tapi, aku marhaen, duit sikit, jadi aku share sahaja info ini kepada kau yang kaya. 
---
Post ni aku rembat dari page Bacalah

Isnin, 15 Januari 2018

Presiden Trump Penjahanam Amerika?




Siapa sebenarnya Trump?

Adakah dia segah namanya, ataupun itu cuma dakwaan kosong sahaja?

Benarkah Trump calon Illuminati? Ataupun dia sebenarnya caturan Russia?

Bagaimana Trump mampu menang, sedangkan Hillary Clinton yang disebut-sebut sebagai calon presiden ke-45?

Melalui kajian 3 penulis, kita membedah pelbagai tanggapan dan juga fakta di sekitar lelaki bernama Trump ini.

Kita akan melihat sama ada Trump adalah seorang penyelamat, ataupun dia nanti akan menjahanamkan Amerika.

http://bit.ly/trumppenjahaman

Ahad, 14 Januari 2018

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu



Cetakan Pertama Habis Terjual. Kenapa Buku Ini Sangat Laku Keras?
.
oleh Asri Yussof
.
Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim
.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa buku ini menjadi begitu laris? Jawapannya adalah kerana kandungan buku ini berbeza dengan kandungan buku-buku lain yang ada di pasaran buku Malaysia yang mengetengahkan aspek ‘parenting’.
.
Kebanyakan buku tentang parenting selalu bercakap mengenai hukuman bukan mengenai cara berkomunikasi dan berinteraksi.
Berbeza dengan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.
.
Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak. Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita.
Contoh penafian yang sering dilakukan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, adalah seperti ini:
.
“Mak lebih makan garam daripada kamu”
“Kamu hanya cakap begitu sebab kamu tidak faham lagi erti kehidupan”
“Pergi buat kerja sekolah, kalau tidak belajar bersungguh, nanti besar hidup merempat”
.
Sedar atau tidak, sebenarnnya kenyataan-kenyataan sebegini menanam satu perasaan yang dalam dan dipendam oleh anak-anak. Untuk jangka masa yang panjang ia boleh menjadi sesuatu yang bakal mengejutkan kita.
.
Sebenarnya, buku ini diterbitkan pada tahun 1982 lagi dalam versi bahasa Inggeris dan diterbitkan semula dengan kulit buku baru yang anda pegang sekarang pada tahun 2012 sempena ulang tahun ke-30.
.
Penulis buku ini, Adele Faber dan Elaine Mazlish adalah pakar antarabngsa terkemuka dalam bidang komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka berdua berjaya memenangi penghargaan ibu bapa dan pengiktirafan penuh dalam bidang ini.
Adele Faber merupakan merupakan graduan dari Queens College.
.
Sebelum memulakan kerjaya sebagai konsultan dalam bidang kekeluargaan, beliau bertugas sebagai guru di New York City High selama lapan tahun.
.
Elaine Mazlish merupakan graduan dari Universiti New York dalam bidang Sains. Selain menulis, beliau juga merupakan pengarah program kanak-kanak di Grosvenor House dan Lenox Hill Settlements.
.
Buku berjudul Sibling Without Rivalry dan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang ditulis oleh mereka berdua terjual lebih 3 juta naskhah dan mendapat julukan 'The Parenting Bible'.
.
.
.
Dapatkan buku ini dengan klik di sini:
http://bit.ly/HowToTalkToKids1

Sabtu, 13 Januari 2018

Mein Kampf Vol 1 Edisi Terjemahan Bahasa Melayu



Buku sesuai untuk bacaan hari raya. Lagi sesuai semasa tetamu nak balik dan beliau berkata kepada anaknya,

"Pergilah salam pakcik tu, nanti dia bagi duit raya RM10"

Sejurus beliau tamatkan kata-katanya, kau jeling dengan sorotan mata paling tajam sambil pegang buku ini.

Lagi berkesan kalau kau trim misai jadi kontot.

Kau boleh dapatkan buku ini dari Thukul Cetak. Harapnya stok masih ada.

Khamis, 11 Januari 2018

Kunang Pesisir Morten

Lama aku perasan buku ini di kedai-kedai buku. Banyak juga komen-komen positif mengenai buku ini. Tapi, aku masih tak tergerak hati untuk membeli.

Setelah dua tahun buku ini di pasaran, akhirnya aku beli buku ini. Kesimpulannya , ini novel sedap.
Kisah ini mengenai Diya, budak perempuan 9 tahun, yang diceritakan oleh Adi. Cerita berlatar belakangkan Kampung Morten di pesisir Sungai Melaka pada tahun 1980-an.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun merapatkan jurang kaum dan kampung.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun berusaha gigih mendapatkan apa yang dihajatinya.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun lebih berhati mulia berbanding orang dewasa yang pendek akal.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun ada kebolehan menyelesaikan misteri dan masalah.

Ini bukan sembarangan cerita pasal budak 9 tahun. Ini cerita yang sedap pasal budak 9 tahun.

Banyak kedai buku yang dah tak jual buku ini. Stok habis. Tapi, cuba kau tengok pautan ini, manalah tahu ada stok lagi di atas talian.
http://bit.ly/KunagPesisirMorten

Itupun kalau kau nak baca buku ini. Kalau tak, kau tutup terus blog ini dan teruskan kehidupan kau macam biasa

.