.

Sabtu, 10 Februari 2018

Eat That Frog


Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain -

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu.

Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi.

Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Jumaat, 9 Februari 2018

Riyadus Solihin


Kitab ini menghurai dengan rujukan dari Al-Quran dan Hadis mengenai akidah, akhlak dan ibadat.

Macam macam dihurai mengenai kehidupan seharian dalam kitab ini. Antaranya adab dengan jiran. Ialah, kita sekarang ni nama jiran pun tak tahu.

http://bit.ly/riyadussolihin1

Khamis, 8 Februari 2018

Kenapa Babi Tidak Halal



Ya, awak memang comel.
Paling comel antara yang lain.
Tapi, lebih baik ada jurang antara kita.

Sebab, awak haram untuk saya.
Selamanya~

------

Seorang pemuda pernah bertanya kepada Profesor Dr. HAMKA sebab pengharaman babi sedangkan daging babi sedap.

Dr. HAMKA menyatakan, "Daging babi diharamkan kerana babi suka memakan benda kotor dan najis." Pemuda itu menyatakan lagi, "Ayam juga suka memakan najis, mengapa ayam tidak diharamkan? Ikan juga dibesarkan dengan najis, mengapa ikan tidak diharamkan?"

Ketahui jawapan Dr. HAMKA yang menjawab kekeliruan pemuda tersebut dengan mendapatkan buku ini di http://bit.ly/KenapaBabiTidakHalal1

Rabu, 7 Februari 2018

Penawar Bagi Hati


Apa keistimewaan buku ini?
.
Buku ini mengandungi:
.
1. Buku ini disertakan teks rumi dengan gaya bahasa moden.
2. Teksi jawi lama daripada kitab asas dikekalkan.
3. Syarah hadith daripada pentahqiq .


http://bit.ly/PenawarBagiHati2

Selasa, 6 Februari 2018

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi




Lelaki ini, umur 21 dah mulakan NGO untuk bantu pelarian Syria di Jordan.
Bukan calang-calang punya kerja. Buat pun secara separuh masa, selain belajar. Dengan kerja tak bergaji dan kena maki, memang hati lelaki ini kental.

Aku umur 21 memang tengah lagha tahap nauzubillah.

http://bit.ly/lelakiterakhirmenangis

Isnin, 5 Februari 2018

Nama Beta Sultan Alauddin



Karya ini ringan. Tak seberat 1515 arau Sebongkah Batu di Kuala Berang.

Kisah mengenai Sultan Alaudin yang remaja. Dicerita dengan gaya bercerita.

Karya ini sesuai untuk orang yang malas baca. Buku nipis. Bab pendek. Ayat kontot. Tak sampai 2 jam boleh habis baca. Kiranya karya ini semacam sastera untuk pemula.

Tapi, pengakhirannya macam tergantung. Anti klimaks. Namun, ia ternyata lari dari kebiasaan.

Ahad, 4 Februari 2018

AKu Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)



Kita syok sendiri. Hidup dalam lingkungan kita, bercakap dalam bahasa kita dan tidak peduli apa yang orang yang tak sama dengan kita berpandangan mengenai kita.

Buku ini buka mata aku. Ditulis oleh orang yang bukan Melayu. Ia satu sudut pandang yang lain tentang bahasa Melayu, Islam dan negara ini.

Kena berlapang dada bila baca buku ini.

http://bit.ly/akukafirkausiapa

Sabtu, 3 Februari 2018

Pidato & Strategi Perang



Syok juga sekali sekali baca buku macam ni yang sosialis.
Duduk dalam kelompok kapitalis menyebabkan kadang kala aku jadi tamak.

Buku ni bagi reda sikit ketamakan aku.

Menarik juga, ada beberapa quote buku ini yang amat kena dengan situasi sekarang.

Jumaat, 2 Februari 2018

Memulakan Bisnes Sendiri



Zaman gawat. Ramai orang takde kerja. Abang yang kerja ni pun terpaksa jual buku nak lepas duit bayar bil api.

Tapi, nak mula bisnes kena ada ilmu. Buku ni RM14 je. Tapi isinya macam nilai RM14juta.

Kopipes link berikut.
http://bit.ly/MemulakanBisnesSendiri1

Khamis, 1 Februari 2018

Pedagogi Bahasa Tertindas





Buku ini bosan kalau kau bukan yang jenis sayang bahasa kau. Buku ni cerita pasal pasca PPSMI, tapi ditulis semasa zaman PPSMI.

Sejauh mana kebosanan buku ini? Ha! Itu pasal la kau kena baca buku ini.
Apa macam? Power tak aku punya ayat pancing.

Hahahahahah.

Nak beli? Ni linknya http://bit.ly/PedagogiBahasa