Walaupun aku tak romantik, tapi aku baca novel cinta. Hahahahahaha
Sebelum ini aku ada ulas mengenai novel ini episod 1. Kau kena baca dua-dua episod, baru best. Kalau kau baca salah satu sahaja, kau akan rasa semacam kencing tak lawas.
Dalam episod ini, dipaparkan kehidupan Azam setelah tamat pengajian di
Al-Azhar dan pulang ke Indonesia. Di kampung halamannya, dipaparkan
kisah beliau yang tidak malu menjual bakso, walaupun berkelulusan
Al-Azhar. Bermula kecil-kecilan, perniagaan bakso beliau yang dikenali
sebagai "Bakso Cinta" semakin laris dari hari ke sehari.
Selain menjual bakso, Azam turut mengajar secara sambilan disebuah
sekolah pondok milik Pak Kiyai Lutfi. Cerita tambah menarik bila Azam
turut menaruh hati ke atas anak Pak Kiyai Lutfi, Anna. Malangnya Anna
merupakan tunangan orang. Tunang kepada rakan Azam sendiri, Furqan.
Furqan akhirnya berkahwin dengan Anna, namun perkahwinan mereka gagal
kerana Furqan telah disuntik darah HIV/AIDS. Anna diceraikan dengan
status janda berhias.
Anna sebetulnya mengkagumi sosok Azam. Rajin, rendah diri, berilmu dan
ada minda bisnes yang bagus. Tapi, kerana Furqan terlebih dulu
melamarnya, beliau terpaksa melupakan Azam.
Manakala, Azam pula, semenjak Anna telah menjadi tunangan orang,
seringkali lamaran beliau terputus di tengah jalan. Namun, beliau redha
akan ketentuan Ilahi.
Hinggakan, akhirnya Azam meminta Kiyai Lutfi mencarikan jodohnya.
Kebetulan, Anna telah habis edah. Lantas, Pak Kiyai terus meminta Azam
mengahwini Anna. Owh! Happy ending. (Aku sedang mengesat air mata
kegembiraan, hahahaha)
Tapi, sub plot novel ini agak longgar. Tidak diceritakan bagaimana
keadaan adik bongso Azam yang berusia 9 tahun apabila mereka kehilangan
ibu mereka.
Tidak dinyatakan juga kesudahan kawan adik Azam (aku lupa namanya) yang
mengandung anak luar nikah dan menyebabkan bapanya mati akibat serangan
jantung.
Juga, tiada pengakhiran bagimana kisah percintaan watak-watak lain seperti Fadhil dan Cut Mala.
Tapi, pada aku novel ini memang terbaik. Banyak pengajaran, kata hikmah
dan motivasi diselitkan dalam novel ini. Aku masih boleh bagi 3 thumbs
up!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan