.

Sabtu, 10 Disember 2016

Namaku Bukan Maria

Novel ini mengangkat watak besar dalam sejarah tanah air iaitu Natrah. Pengarang memilih nama Natrah kerana nama ini tercatat dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Mansor Adabi kepada Natrah sewaktu Natrah dipaksa ke Belanda.

Kisah ini berlaku pada zaman darurat ketika Jepun menyerang Malaya. Sewaktu itu Che Aminah mengikut suaminya berniaga di Bandung, Indonesia. Che Aminah rapat dengan Nor Louise, nenek Natrah yang sudah memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan pemuda tempatan. Kemesraan itulah yang menyebabkan ibu Natrah, Adeline Hertogh menyerahkan Natrah kepada Che Aminah.

Perang menyebabkan kemiskinan dan kemelaratan. Perang juga menyebabkan suaminya Hertogh menjadi tawanan Jepun. Sebagai ibu tunggal, keluarga yang besar seperti keluarga Natrah dihimpit derita untuk membesarkan anak-anak. Oleh sebab itu, beliau tidak mampu menanggung keluarga lalu bersetuju menyerahkan Maria kepada Che Aminah, sebuah keluarga Melayu yang berasal dari Terengganu. Mak Minah menerima Maria menjadi anak angkatnya dan mengislamkannya dengan nama Natrah.



Selalunya kalau baca pasal Natrah, semua 'spotlight' lebih terarah kepada cerita Natrah ketika konflik di Singapura, tentang perebutan hak dan sebagainya.

Bagi aku, penulis ni sangat bijak apabila memilih untuk keluar dari kebiasaan which is beliau mengetengahkan cerita Natrah ketika membesar di bawah jagaan Che Aminah ketika di Terengganu. Penulis memberi twist sejarah yang cukup cantik hingga kita terfikir selepas menghabiskannya, kalau ia betul-betul terjadi, maksudnya hari ini Natrah itu siapa?

Menarik apabila melihat bagaimana Islam mula mendiami hati Natrah daripada kecil sehinggalah dia meningkat remaja. Lenggok bahasanya juga cukup indah. Satu quote yang benar-benar membuatkan saya terbuai ialah "Andai kata Natrah mempunyai seratus nyawa, dan nyawa Natrah dipancung satu demi satu untuk merasai azabnya kematian itu, nescaya Natrah tetap tidak akan meninggalkan agama ini sama sekali."

Tahniah kepada penulis! 5 bintang!


Faiz Md, Goodreads

Tiada ulasan:

Catat Ulasan