.

Ahad, 21 Januari 2018

Who Moved My Cheese? - Edisi Bahasa Melau



Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih untuk berubah, kita menjadi berkuasa.

Kita mempunyai kuasa untuk menentukan matlamat hidup dan mencapai impian kita. Bukan semua perubahan adalah bagus.

Ada masanya, kita langsung tidak perlukan perubahan. Namun, dalam dunia yang sentiasa berubah ini, pasti ada kelebihannya apabila kita belajar beradaptasi dan sedia menikmati perkara yang lebih baik.

Who Moved My Cheese? adalah kisah tentang misteri kehilangan keju dalam dunia tikus. Keju adalah metafora bagi semua perkara yang kita mahu dalam hidup, sama ada harta, cinta, kebahagiaan, atau ketenangan.

Tikus dalam kisah ini pula adalah simbolik kepada manusia yang sentiasa diuji dengan kehilangan harta, kehilangan kuasa, dan kehilangan orang yang tersayang. Apabila berlakunya perubahan dan kita hilang perkara yang kita sayang, adakah cukup sekadar kita meratap-ratap dan merenung langit sambil mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Dalam tempoh 16 bulan sahaja selepas diterbitkan, buku ini sudah tercetak sebanyak satu juta naskhah.

Dua tahun berikutnya, buku ini sudah dicetak melebihi 10 juta naskhah. Mulakan perubahan ke arah yang lebih pada hari ini juga. Mulakan perubahan dengan membaca buku ini, Who Moved My Cheese?

Ceritanya mudah difahami, namun impaknya sangat berkuasa. Berubahlah sebelum terlambat dan jangan terperangkap dalam zon selesa, kerana terlalu selesa boleh membawa binasa.
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese
http://bit.ly/WhoMovesMyCheese

Tiada ulasan:

Catat Ulasan