.

Selasa, 20 Disember 2016

Masharakat Melawan Mahasiswa





Pernah ada fasa dalam hidup aku, aku dah tak suka membaca buku. Buku yang ada di pasaran kelihatan membosankan pada mata aku.

Tambah lagi sebab berada di Dungun. Hanya ada Pustaka Seri Intan sahaja pada waktu itu yang menjual buku. Itupun kebanyakannya buku lama yang berbalut plastik. Jadi, jangan harap kau boleh selak selak untuk tahu sedikit kandungan buku sebelum beli. Sebab kadang kadang ada buku tajuk gempak, tapi isi celaka macam cari dalam google.

Entah macam mana entah aku boleh terjumpa buku ini. Tajuk gempak, isi sedap. Tapi, kalau kau malas berfikir, baik kau lupakan hasrat nak baca buku ini. Baik kau baca buku novel cinta remaja.

Mulai hari aku baca buku ini, aku kembali ketagih membaca. Pada kadar biasa, aku boleh baca 2 buah buku seminggu.

Aku beli buku ni dulu RM20. Boleh sahaja aku pinjamkan kepada kau. Tapi, buku sedap ini baik kau simpan. Isinya akan kekal relevan. 





http://bit.ly/MasharakatMelawanMahasiswa1
http://bit.ly/MasharakatMelawanMahasiswa1
http://bit.ly/MasharakatMelawanMahasiswa1




Isnin, 19 Disember 2016

Lari Dari Siberia




Ini sebuah catatan benar daripada Leon Trotsky. 

Latar kisah ini pada tahun awal 1900an. Rusia, walaupun kuat dari segi luaran dengan menjarah dan menyerang banyak negara sehingga sejauh China dan Korea; tetapi dalamannya bergolak.

Tidak ramai rakyat Rusia yang setuju dengan Tsar, pemerintah waktu itu yang giat meluaskan empayar. Perluasan empayar memerlukan kos yang banyak. Bagi menampung kos perang, Tsar waktu itu terpaksa menaikkan cukai, menekan pekerja dan meminjam dari luar.

Ini menyebabkan ekonomi Rusia menjadi tidak sihat.

Kerana ditekan, golongan pekerja bangkit melawan. Antara kepalanya adalah Leon Trotsky. Mogok demi mogok. Perhimpunan demi perhimpunan. Akhirnya beliau ditahan bersa dengan ratusan pemimpim lain.

Beliau didapati bersalah kerana melawan kerajaan dan di buang negara ke Siberia.
Siberia, kawasan dihujung utara dunia merupakan kawasan yang sejuk bersalji dengan suhu negatif selsius.
Kerana ingin bebas, dan dengan kemampuan kewangan, Leon nekad kembali ke tempat asalnya St. Petersburg, dengan bantuan (mengupah) Nikivor.

Sepanjang pelarian itu, beliau merakamkan apa yang dilihat secara ringkas. Orang yang dijumpa, tempat yang dilalui dan pengalamannya dirakamkan dalan catatan ini.

Jujurnya, agak sukar memahami naskah ini, kerana kurang kefahaman geografi Rusia. Juga, nama watak sukar diingati, sebab nama Rusia. Kalau nama Jawa boleh kot aku ingat. Kah kah kah.

Ada lagi aku nak ulas pasal buku ini. Tapi, rasa macam dah panjang sangat aku ulas ni. Nanti jadi cerpen pula.

Jadi, lebih baik kau baca sendiri buku ini. Tak tebal. 100 muka surat sahaja. Dalam dua jam kau boleh habis baca dengan kelajuan dan kefahaman sederhana.

Dapatkan segera dengan @thukulcetak.

Ahad, 18 Disember 2016

Kisah Laki Bini






Unik pendekatan buku ini. Secara kasarnya mengenai pengalaman halangan perjalanan dari Terengganu ke Selangor. Punyalah banyak halangan, 3 hari baru sampai.

Mula-mula baca memang berdekah. Tapi, bila dah hujung memang sentap habis aku kena sekolah.

Buku ini dicadangkan untuk pembaca matang. Kalau umur kau 41 tapi emosi macam budak nak up umur 14, baik jangan baca.


http://bit.ly/KisahLakiBini1
http://bit.ly/KisahLakiBini1
http://bit.ly/KisahLakiBini1



Sabtu, 17 Disember 2016

Aku: Berdasarkan Perjalanan Hidup dan Karya Penyair Chairil Anwar


Puas hati dapat baca buku macam ni. Penulisnya hebat. Orang yang diceritakan pun hebat.

Pertama kali aku baca buku yang tiada bab. Kisah diceritakan secara terus dari kulit ke kulit.

Ada orang kata buku ini yang ditelaah Rangga dalam filem Apa Ada Dengan Cinta. Entahlah. Aku tak tengok filem tu.

Bila baca buku ini, kadang kala rasa macam skrip drama. Kadang kala macam baca novel pop. Kadang kala semacam memoir.

Tapi, pada hemat aku, buku ini sebuah biografi. Lalu, aku letakkan buku ini disebelah buku biografi Mahatma Ghandi.

Jumaat, 16 Disember 2016

The Real Abang Long Fadhil: Pahit Sekarang Manisnya Kemudian


Saya ingat lagi waktu itu saya pakai seluar warna merah. Jangan tanya kenapa saya pakai/beli seluar merah. Jangan tanya adakah saya ini fanatik Korea ataupun tidak.

Nanti panjang cerita.

Ok, sambung cerita. Saya ingat lagi waktu itu saya pakai seluar warna merah. Dan waktu itu, ramai-ramai sedang berada di surau 'shopping complex'. Waktu maghrib sudah masuk, tapi tiada siapa mahu jadi imam.

Yang A tolak yang B. Yang B tolak balik yang C. Eh, silap. Tolak balik yang A.

Tiada siapa mahu tolak saya. Yalah, siapa mahu tolak orang pakai seluar merah jadi imam.

Oleh sebab waktu maghrib bukan sahaja singkat, tapi orang pun biasanya akan terpaksa ambil giliran untuk solat, saya majukan diri ke depan untuk jadi imam.

Awak jangan tanyalah berapa banyak mata yang terbeliak.

Saya tak kisah. Saya mahu solat cepat. Dan saya percaya kebanyakan pun mahu solat cepat-cepat.

Dicepatkan cerita, saya pun mengimamkanlah solat maghrib itu selepas iqamah. Oleh sebab hati saya kurang suci, saya sengaja baca ayat bukan daripada surah lazim. Semoga Allah ampunkan saya.

Kedua-dua rakaat di mana imam kuatkan bacaan, kedua-dua kali saya baca ayat panjang sedikit (Tidak bolehlah panjang sangat. Katanya mahu cepat).

Selepas solat dan baca doa, pandangan makmum cukup berbeza daripada tadi. Ada budak rasanya siap mahu cium tangan saya.

...

Memang ini biasa. Biasa untuk kita bias. Kita manusia biasa, memang mudah terperangkap dalam bias-bias.

Itu kisah orang lain pandang 'senget' pada seluar merah saya. Saya pandang serong orang? Astaghfirullah. Yang boleh kita buat adalah sentiasa berusaha untuk beringat. Sentiasa doa semoga Allah jaga hati kita. Semoga Allah ampunkan diri kita yang lepas.

Sebab itu, apabila saya dengar kata-kata Abang Long Fadhil ini, saya insaf.

...


p/s: Pernah salah sangka / disalah sangka?


http://bit.ly/AbangLongFadil2
http://bit.ly/AbangLongFadil2
http://bit.ly/AbangLongFadil2

Khamis, 15 Disember 2016

Bukan Salah Cikgu


Pada aku, persoalan pendidikan dan ilmu adalah sesuatu yang sedap diperkatakan sepanjang masa.

Sebab pendidikanlah yang boleh memajukan bangsa. Orang Arab dulu hebat sebab ilmu. Orang putih sekarang hebat pun sebab ilmu.

Punyalah berkuasanya ilmu sampaikan penjajah orang putih menyekat akses pendidikan kepada penduduk peribumi waktu itu.
Orang putih hanya menyediakan pendidikan supaya seseorang itu lebih baik sedikit dari bapanya. Jika bapanya seorang nelayan, anaknya juga harus menjadi nelayan; yang baik sedikit dari bapanya.

Sekian banyak tahun setelah kita merdeka, pendidikan di Malaysia diakui banyak kemajuan. Kerajaan sentiasa memperbaharui pendidikan negara. Malah, bajet setiap tahun untuk pendidikan bukan main banyak jumlahnya.

Tapi, tanpa kita sedar, kita mewarasi dasar pendidikan penjajah. Kita telah terpecah.

Budak pandai diasingkan dengan budak bangang. Budak cina diasingkan dengan budak melayu, dengan budak india.

Hanya budak pandai sahaja yang boleh duduk kelas utama atau masuk sekolah hebat. Hebat gurunya, hebat fasilitinya.

Walhal, budak pandai ini hanya pandai matematik dan linguistik.

Ramai budak bangang ini ada yang pandai muzik, seni tampak, kemahiran tangan dan punya intrapersonal yang hebat.

Kita tak gilap kepandaian ini. Ini satu kerugian.

Eh, panjang puka aku ulas. Panjang sangat nanti jadi buku pula post ini. Hohohoho.

Kesimpulannya, buku ini memang sedap. Ia memberi gambaran jelas masalah pendidikan negara dan juga cadangan mengatasinya.

Buku ini wajib dibaca oleh pegawai pendidikan yang membuat dan melaksana dasar. Kena ambil masa baca buku ini, jangan asyik nak siapkan fail je.
Sebab, bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca.


http://bit.ly/BukanSalahCikgu1 
http://bit.ly/BukanSalahCikgu1  
http://bit.ly/BukanSalahCikgu1  

Rabu, 14 Disember 2016

Laki Aku Negro: Kau Peduli Apa?



Ini kisah yang jarang kita dengar. Jarang sangat. Lagi jarang dari kisah lelaki kahwin empat.

Buku ini pasal seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan lelaki Afrika.

Mulanya aku agak skeptik dengan kisah ini. Ada ke orang Negro yang baik yang boleh dijadikan suami?

Sebab, kita sering dimomokkan bahawa Negro adalah negatif. Negaranya berperang, orangnya jahat perengus dan black money.

Namun, bila baca buku ini, sudut pandang aku kepada orang Negro berubah 270 darjah.

Tak semua negara Afrika dalam peperangan. Tak semua orang Negro jahat perengus. Tak semua orang Negro tahu pasal black money.

Malah, suami penulis buku ini digambarkan seorang yang amat lemah lembut dan romantik. Jauh sangat kalau nak dibanding dengan lelaki Melayu (termasuk aku).

Siapa yang ada pengalaman kahwin campur diharapkan dapat pula menulis kisahnya. Supaya kita akan saling mengenal.

Kita cari persamaan, kita rai perbezaan. 


http://bit.ly/LakiAkuNegro2
http://bit.ly/LakiAkuNegro2
http://bit.ly/LakiAkuNegro2

Selasa, 13 Disember 2016

Republik Sungai Golok

Ini novel yang unik. Kisahnya real dan tulus.

Ia ditulis oleh warga Thailand, muslim di Pattani. Jadi, bahasanya novel ini semacam pelik sedikit. Ada kelainan bahasa berbanding novel Melayu atau Indonesia. Ialah, sebab mungkin aku tak biasa. Pertama kali aku baca novel tulisan penulis selatan Thailand.

Langgam bahasanya sebenarnya yang membuatkan aku terasa pelik. Langgam bahasanya seperti loghat Kelantan walaupun ditulis dalam bahasa Melayu Johor-Riau.

Contohnya penggunaan perkataan "selalu".

Kalau bahasa Melayu Johor-Riau ia bermaksud kerap atau acap kali.

Tetapi, dalam loghat Kelantan ia bermaksud segera atau on the spot.

Lupakan hal bahasa. Kau yang akan baca buku ini cubalah berlapang dada dan raikan perbezaan yang ada.

Novel ini secara jujur menceritakan situasi sebenar di Sungai Golok. Walaupun Sungai Golok adalah pemisah Malaysia-Thailand, namum ia seolah tidak dimengertikan oleh penduduk Sungai Golok.

Novel ini berlatar belakangkan kisah perlawanan bola sepak antara budak budak (watak utama dalam novel ini) di Sungai Golok sebelah Malaysia dan sebelah Thailand. Sub plot berkembang dengan kisah di luar padang budak-budak itu.

Tiada cerita cinta dengan pilot atau bomba dalam novel ini. Tapi, kalau kau nak tahu suasana sebenarnya di sempadan dan mengapa beberapa isu sempadan sukar diselesaikan, kau kena baca novel ini.


http://bit.ly/republiksungaigolok1 
http://bit.ly/republiksungaigolok1  
http://bit.ly/republiksungaigolok1 

Isnin, 12 Disember 2016

Berlari Dari Jogja Bagi Menemukan Si Dia Di Christina




Mulanya aku ingatkan ini adalah sebuah buku travelog. Aku sedikit menyampah sebenarnya baca buku travelog.

Mungkin sebab 2 atau 3 buku travelog pertama yang aku baca sebelum ini mengecewakan. Lalu aku menyimpulkan bahawa semua buku travelog adalah mengecewakan.

2 atau 3 buku travelog pertama yang aku baca itu akan cerita dia ke situ, ke mari, apa yang boleh, apa yang jangan buat. Syok sendiri. Dah macam beri arahan pada aku. Aku rasa baca buku manual mesin lagi seronok.

Tapi, aku beli juga buku ni sebab ZF Zamir. Aku dah baca 3 buku beliau sebelum ini. Sedap.

Ini adalah sebuah catatan perjalanan. Penulis akan mencatat apa yang menarik dari sudut pandang beliau. Bukan sekadar mencatat tempat tu best atau tempat ni macam gampang. Catatan beliau ini sangat pelbagai isunya. Setiap tempat dalam buku ini ada isu dan cerita yang diketengahkan.

Aku paling terkesan dengan bab Menanti Cinta di Srebrenica. Bab ini mengisahkan kebabian Serbia dan askar pengaman Belanda. Membaca bab ini membuatkan air mata aku bergenang dan tangan aku mengigil.

Aku tak mampu nak ceritakan rigkasan bab itu di sini. Sangat tragis. Kau kena baca sendiri.

Juga, sebagai peringatan kepada aku, disebabkan penulis menjentik rasa ingin tahu aku dalan buku ini, aku perlu menonton filem Children of Men dan The Machinist.



http://bit.ly/berlaridarijogja
http://bit.ly/berlaridarijogja
http://bit.ly/berlaridarijogja

Sabtu, 10 Disember 2016

Rindu Purnama


Bagi Sarah, rumah singgah itu adalah matahari baru. Cintanya kepada anak-anak jalanan asuhannya membuatkan tubuh lemahnya lebih kuat. Namun, betapa hancur hati wanita itu tatkala Rindu menghilang. Rindu bukan sekadar anak jalanan biasa. Anak itu adalah penghubung Sarah dengan masa lalunya yang mendorong dia terus bertahan hidup.

Sementara itu, di sebuah rumah mewah, Rindu gigih melawan sepi. Rumah barunya ini lebih selesa, tetapi begitu sunyi. Tidak ada Mak Cik Sarah yang selalu memeluknya, dan teman-teman yang selalu membuatnya tertawa. Hanya ada Pak Surya, lelaki pemarah yang tidak pernah menyukainya. Entah mengapa Pak Surya selalu marah-marah padanya. Padahal semua orang selalu menyebut dia sebagai orang murah hati. Mengapa Pak Surya tidak menyukai Rindu? Andai sahaja Rindu tahu, orang dewasa sulit melepaskan masa lalu.

 Belajar menjadi bermanfaat untuk orang lain, belajar berbahagia bersama siapapun, belajar mencintai dari buku ini.
 Linda Hadriyani, Goodreads

Namaku Bukan Maria

Novel ini mengangkat watak besar dalam sejarah tanah air iaitu Natrah. Pengarang memilih nama Natrah kerana nama ini tercatat dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Mansor Adabi kepada Natrah sewaktu Natrah dipaksa ke Belanda.

Kisah ini berlaku pada zaman darurat ketika Jepun menyerang Malaya. Sewaktu itu Che Aminah mengikut suaminya berniaga di Bandung, Indonesia. Che Aminah rapat dengan Nor Louise, nenek Natrah yang sudah memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan pemuda tempatan. Kemesraan itulah yang menyebabkan ibu Natrah, Adeline Hertogh menyerahkan Natrah kepada Che Aminah.

Perang menyebabkan kemiskinan dan kemelaratan. Perang juga menyebabkan suaminya Hertogh menjadi tawanan Jepun. Sebagai ibu tunggal, keluarga yang besar seperti keluarga Natrah dihimpit derita untuk membesarkan anak-anak. Oleh sebab itu, beliau tidak mampu menanggung keluarga lalu bersetuju menyerahkan Maria kepada Che Aminah, sebuah keluarga Melayu yang berasal dari Terengganu. Mak Minah menerima Maria menjadi anak angkatnya dan mengislamkannya dengan nama Natrah.



Selalunya kalau baca pasal Natrah, semua 'spotlight' lebih terarah kepada cerita Natrah ketika konflik di Singapura, tentang perebutan hak dan sebagainya.

Bagi aku, penulis ni sangat bijak apabila memilih untuk keluar dari kebiasaan which is beliau mengetengahkan cerita Natrah ketika membesar di bawah jagaan Che Aminah ketika di Terengganu. Penulis memberi twist sejarah yang cukup cantik hingga kita terfikir selepas menghabiskannya, kalau ia betul-betul terjadi, maksudnya hari ini Natrah itu siapa?

Menarik apabila melihat bagaimana Islam mula mendiami hati Natrah daripada kecil sehinggalah dia meningkat remaja. Lenggok bahasanya juga cukup indah. Satu quote yang benar-benar membuatkan saya terbuai ialah "Andai kata Natrah mempunyai seratus nyawa, dan nyawa Natrah dipancung satu demi satu untuk merasai azabnya kematian itu, nescaya Natrah tetap tidak akan meninggalkan agama ini sama sekali."

Tahniah kepada penulis! 5 bintang!


Faiz Md, Goodreads

Ahmad Al-Kebab


Ini novel parodi. Kau ingat ada video parodi je ke?

Seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat di kehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.

Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing.

Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja.

Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.

http://bit.ly/AhmadAlKebab
http://bit.ly/AhmadAlKebab
http://bit.ly/AhmadAlKebab

Selagi Bintang Masih di Langit



“Cuba kau tengok tiga bintang tu – Belt of Orion.” Faiz menuding ke arah sebaris bintang di langit. Faiz menyambung, “Menurut lagenda Greek, Orion adalah si pemburu, seorang perwira gagah yang melintasi langit.

Bagi kita, Orion menunjukkan arah kiblat yang wajib kita sujud setiap lima waktu solat.” “Walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, kita masih di bumi Tuhan, masih menatap bintang yang sama. Aku umpamakan Belt of Orion adalah kita.” Di kampung itu, tiga jiwa mencoret kisah suka-duka masing-masing.

Dalina: Seorang anak tunggal yang terperangkap dengan suatu kelemahan diri. Yang memahaminya, hanya Faiz. Pada Dalina, Faiz adalah segala-galanya – seorang teman sepermainan, seorang sahabat, seorang kekasih. Faiz kenal hati budi Dalina, Faiz tidak menilai Dalina seperti orang lain.

Faiz: Padanya, Dalina adalah puteri dari kayangan yang sempurna segala. Pada gadis itu, dia pernah berjanji. Janji yang akhirnya membuatkan Faiz terperangkap tanpa jalan keluar.

Rafiq: Si budak nakal yang tidak pernah serik mencabar segala kesabaran. Makin dimarah, makin dia memberontak. Dia bukan anak kesukaan ayah, dia bukan pelajar kesayangan cikgu. Dia budak nakal.

Lewat remaja, takdir memisahkan mereka – tapi hanya pada jasad, bukan pada hati. Dalina berterusan dibayangi kekurangan diri. Faiz menatang sebaris janji. Dan Rafiq pula melarikan diri dari ruang silamnya.

Di dalam hikayat ini, ada hati yang kecewa, ada jiwa yang kehilangan rasa dan ada perasaan yang dibakar dendam. Sempurnakah kasih Dalina dan Faiz? Mampukah Rafiq menangkis kenangan? Dan siapakah yang akan muncul lalu mengocak segala yang mereka percaya?

http://bit.ly/selagibintangmasihdilangit
http://bit.ly/selagibintangmasihdilangit
http://bit.ly/selagibintangmasihdilangit

Jumaat, 9 Disember 2016

Jualan Gudang PTS 2016


Sebelum pulang ke Terengganu dari Shah Alam semalam, sempat aku membunuh masa di @kedaibukupts di Batu Caves. Ada pesta jualan gudang.

Mujur ada Waze, kalau tak memang boleh tersesat ke hujung jalan.

Kawasannya macam kawasan gudang dan stor. Banyak lori dan agak sibuk.

Berhampirannya ada gudang Al-Hidayah, pengeluar bukau agama. Tapi, tak pula aku singgah. Sebab takde sale.

Sampai je @kedaibukupts , terus aku sambar buku RM2 dua biji. Lepas borong pula buku indie. Bini aku borong novel cinta tulisan akak akak.

Lama juga pusing. Rambang mata. Kalau tak kerana duit yang cukup-cukup, memang boleh cecah beribu RM aku membeli. Tertahan tahan nafsu nak beli. Tertahan tahan tu pun terbeli juga sekotak buku.

Semua buku ada sale. Sedap sedap dan murah. Buku indie pun, macam @thukulcetak @lejenpress @dubookpress less sampai 40%.

Kalau kau duduk jauh dari Batu Caves, tapi masih nak membeli buku dengan harga diskaun, aku cadangkan kau beli online dengan @kedaibookcafe

Senang. Sambil berlenggeng pun boleh beli buku.

Kau boleh klik sini untuk membeli >>> http://bit.ly/BeliBukuBorong

Sekarang ni tengah ada diskaun untuk buku travelog. Baik kau cepat sebelum terlambat.

Aminah: Cinta Puteri Quraisy


Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad SAW. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga boleh digelar sebagai puteri kaum Quraisy.

Beliau juga adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Mutalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami.

*** Aminah bin Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf.

Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf . Beliau meninggal dunia pada tahun 557 masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.

http://bit.ly/CintaPuteriQuraisy
http://bit.ly/CintaPuteriQuraisy
http://bit.ly/CintaPuteriQuraisy


Khamis, 8 Disember 2016

Pekan-Pekan Kertas



Bagi mengelakkan peta diplagiat, pembuat peta akan meletakkan nama pekan yang tidak wujud dalam peta mereka. Pekan itu dinamakan pekan kertas. Bermaksud pekan yang hanya ada dalam peta (kertas), tapi tidak ada dalam keadaan sebenar.

Pekan kertas menjadi titik utama dan tajuk bagi novel terjemahan.

Katanya penulis novel ini merupakan 100 orang paling berpengaruh menurut majalah time.

Mula membaca buku ini, aku merasakan seperti menonton filem kisah remaja dari Hollywood.

Kisah bermula dengan Margo mengajak Quentine membantu beliau mendajal rakan-rakan palsu beliau pada suatu malam.

Quentin sebenarnya tertarik dengan Margo yang juga jirannya. Tapi, memandangkan Margo seorang yang cantik dan popular, Quentin melupakan hasratnya.

Selepas malam itu, Margo menghilangkan diri ke sebuah pekan kertas. Tetapi beliau meninggalkan klue untuk Quentin mencari beliau.

Quentin akhirnya berjaya menemui Margo. Lantas Margo mengajak Quentin menjadi adventerus seperti beliau.

Tapi, Quentin menolak atas sebab tertentu. Apa sebabnya? Ha! Itu sebab kau kena baca buku ini.

Rabu, 7 Disember 2016

Kisah Anak Bini


Aku patut masukkan @hamka_keretamayat sebagai senarai penulis kesukaan aku.

Ini buku kedua beliau selepas Kisah Laki Bini yang aku baca. Lepas ni kena cari buku beliau lain. Ada 2 lagi kot. Buku ni santai. Babnya kontot kontot. Sambil goreng ikan kau boleh baca sebab dua. Lepas tu termenung, ambil pengajaran. Ataupun boleh gelak sakan.

Kisah kisah dalam buku ini serasa dekat dengan kita. Kadang kadang tegurannya tu rasa tepat ke muka. Hahahahaha.

Buku ini boleh juga jadi permulaan kepada kau yang cuba mula membaca buku niche keagamaan. Pengajaran disampaikan secara santai dalam buku ini.

Malas aku ulas panjang. Ada baiknya kau baca sendiri.