.

Khamis, 15 Disember 2016

Bukan Salah Cikgu


Pada aku, persoalan pendidikan dan ilmu adalah sesuatu yang sedap diperkatakan sepanjang masa.

Sebab pendidikanlah yang boleh memajukan bangsa. Orang Arab dulu hebat sebab ilmu. Orang putih sekarang hebat pun sebab ilmu.

Punyalah berkuasanya ilmu sampaikan penjajah orang putih menyekat akses pendidikan kepada penduduk peribumi waktu itu.
Orang putih hanya menyediakan pendidikan supaya seseorang itu lebih baik sedikit dari bapanya. Jika bapanya seorang nelayan, anaknya juga harus menjadi nelayan; yang baik sedikit dari bapanya.

Sekian banyak tahun setelah kita merdeka, pendidikan di Malaysia diakui banyak kemajuan. Kerajaan sentiasa memperbaharui pendidikan negara. Malah, bajet setiap tahun untuk pendidikan bukan main banyak jumlahnya.

Tapi, tanpa kita sedar, kita mewarasi dasar pendidikan penjajah. Kita telah terpecah.

Budak pandai diasingkan dengan budak bangang. Budak cina diasingkan dengan budak melayu, dengan budak india.

Hanya budak pandai sahaja yang boleh duduk kelas utama atau masuk sekolah hebat. Hebat gurunya, hebat fasilitinya.

Walhal, budak pandai ini hanya pandai matematik dan linguistik.

Ramai budak bangang ini ada yang pandai muzik, seni tampak, kemahiran tangan dan punya intrapersonal yang hebat.

Kita tak gilap kepandaian ini. Ini satu kerugian.

Eh, panjang puka aku ulas. Panjang sangat nanti jadi buku pula post ini. Hohohoho.

Kesimpulannya, buku ini memang sedap. Ia memberi gambaran jelas masalah pendidikan negara dan juga cadangan mengatasinya.

Buku ini wajib dibaca oleh pegawai pendidikan yang membuat dan melaksana dasar. Kena ambil masa baca buku ini, jangan asyik nak siapkan fail je.
Sebab, bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca.


http://bit.ly/BukanSalahCikgu1 
http://bit.ly/BukanSalahCikgu1  
http://bit.ly/BukanSalahCikgu1  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan