.

Isnin, 12 Disember 2016

Berlari Dari Jogja Bagi Menemukan Si Dia Di Christina




Mulanya aku ingatkan ini adalah sebuah buku travelog. Aku sedikit menyampah sebenarnya baca buku travelog.

Mungkin sebab 2 atau 3 buku travelog pertama yang aku baca sebelum ini mengecewakan. Lalu aku menyimpulkan bahawa semua buku travelog adalah mengecewakan.

2 atau 3 buku travelog pertama yang aku baca itu akan cerita dia ke situ, ke mari, apa yang boleh, apa yang jangan buat. Syok sendiri. Dah macam beri arahan pada aku. Aku rasa baca buku manual mesin lagi seronok.

Tapi, aku beli juga buku ni sebab ZF Zamir. Aku dah baca 3 buku beliau sebelum ini. Sedap.

Ini adalah sebuah catatan perjalanan. Penulis akan mencatat apa yang menarik dari sudut pandang beliau. Bukan sekadar mencatat tempat tu best atau tempat ni macam gampang. Catatan beliau ini sangat pelbagai isunya. Setiap tempat dalam buku ini ada isu dan cerita yang diketengahkan.

Aku paling terkesan dengan bab Menanti Cinta di Srebrenica. Bab ini mengisahkan kebabian Serbia dan askar pengaman Belanda. Membaca bab ini membuatkan air mata aku bergenang dan tangan aku mengigil.

Aku tak mampu nak ceritakan rigkasan bab itu di sini. Sangat tragis. Kau kena baca sendiri.

Juga, sebagai peringatan kepada aku, disebabkan penulis menjentik rasa ingin tahu aku dalan buku ini, aku perlu menonton filem Children of Men dan The Machinist.



http://bit.ly/berlaridarijogja
http://bit.ly/berlaridarijogja
http://bit.ly/berlaridarijogja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan